Usul Fiqh


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
DIPLOMA SYARIAH ISLAMIAH SEM 2 2017
NAMA PENSYARAH: USTAZ SUHAIMI ABU HASAN
SUBJEK: USUL FIQH (SYR 3033)
TAJUK:FATWA MENGENAI KONTRAK JUALBELI KOMERSIAL DALAM SYARIAH
BLOG: ariezscot.blogspot.my/p/blog-page.html
NAMA: MUHAMMAD IRFAN ARIFFUDDIN BIN RASHID
NO MATRIK: D1610695







ISI KANDUNGAN
BIL
TAJUK
NO. MUKA SURAT
1.
TEORI KONTRAK
1
2.
DEFINISI AKAD
1
3.
RUKUN-RUKUN AKAD
  1. UNGKAPAN KONTRAK
  2. KELAYAKAN (AHLIYYAH)
  3. KELAYAKAN MENERIMA HAK DAN TANGGUNGJAWAB
  4. KELAYAKAN MENGURUS (AHLIYYAT AL-ADA’)
  5. HALANGAN-HALANGAN TERHADAP KELAYAKAN MENGURUS
3
3
4
5

5

9
4.
AUTORITI DALAM SYARAT
  1. AUTORITI WILAYAH (AL-WILAYAH)
  2. AUTORITI WAKALAH
9
9
10
5.
BARANG YANG DIAKADKAN
10
6.
KONTRAK FUDHULI
14
7.
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENJEJASKAN KONTRAK
16
8.
KONTRAK BERSYARAT
16
9.
JENIS-JEINS KONTRAK KOMERSIAL DALAM SYARIAH
  1. KONTRAK JUALBELI (BAI’)
  2. KONTRAK JUALBELI SALAM (BAI’ AL-SALAM)
  3. KONTRAK JUALBELI ISTISNA’ (BAI’ AL-ISTISNA)
  4. KONTRAK SYARIKAT (‘AQD AL-SYARIKAH)
17-27
10
LAMPIRAN & RUJUKAN
28










A.   TEORI KONTRAK

1.     Definisi Akad (‘AQD)
Perkataan ‘Akad (Kontrak) mengikut penggunaan umum bahasa Arab beerti ikatan[1]. Ia juga diertikan sebagai menggabungkan antara dua hujung sesuatu dan mengikatnya[2]. Perkataan ini digunakan oleh Qur’an dengan perkataan jama ‘uqud’, firman Allah s.w.t, “Aufu bi al-’uqud,”.[3]
Fuqaha mengambil perkataan ini dan menggunakannya dengan makna yang khusus, tetapi tidak lari daripada pengertian asal bahasa Arab. Fuqaha menggunakannya dalam dua erti iaitu erti umum da erti khusus. Erti umum akad iailah sebarang kontrak yang dilakukan oleh seseorang untuk melaksanakannya secara wajib perkara itu. Berdasarkan pengertian ini maka akad jual beli, akad nikah dan akad-akad pertukaran termasuk dalam pengertian ini kerana setiap pihak yang terlibat dalam akad ini mewajibkan dirinya menunaikan apa yang diakadkan. Demikian juga sumpah untuk melaksanakan sesuatu di masa depan dikira akad, kerana orang yang bersumpah itu mewajibkan ke atas dirinya untuk menunaikan apa yang disumpahnya, sama juga denga ikatan janji untuk melakukan sesuatu dan mensyaratkanuntuk melaksanakannya, maka ini semua dikira sebagai akad[4].
Maka berdasarkan pengertian umum inilah al-Alusi mentafsirkan firman Allah s.w.t maksudnya, “Sempurnakanlah akad-akad kamu”, membawa kepada maksud meliputi semua jenis akad yang melibatkan ketentuan-ketentuan hukum Allah yang wajib keatas hambaNya dan juga hukum-hukum agama dan akad-akad muamalah dan seumpamanya yang mesti ditunaikan[5]. Manakala pengertian khusus yang digunakan oleh Fuqaha ialah kontrak yang dipersetujui oleh dua pihak yang menimbulkan kesan hukum syara’ terhadap pihak yang terlibat[6]. Dan mengikut pengertian yang diberikan oleh al-Zarkashi ia adalah ikatan penawaran dan penerimaan yang mengikat pihak-pihak yang terlibat seperti kontak jual beli dan kontrak perkahwinan[7]. Contohnya A berkata kepada B, “Saya menjual kereta saya kepada anda dengan harga 30,000/=tunai,” B menjawab, “Saya terima,”. Maka berlakunya ikatan antara jual dan penerimaan beli itu membentuk kontrak jual beli yang menimbulkan kesan hukum iaitu pemilikan barang berpindah kepada pembeli dengan pertukaran harga yang dipersetujui di mana penjual berhak memiliki harga yang diserahkan kepadanya oleh pembeli sebagai balasan kepada kereta yang diserahkan kepadanya.


2.     RUKUN-RUKUN AKAD
Sesuatu kontrak tidak dikira sah melainkan ia memenuhi rukun-rukunnya. Rukun akad mengikut pendapt jumhur fuqaha ada tiga; pertama (sighah) ungkapan tawaran dan penerimaan, kedua-dua (al-’Aqidani) pihak yang berakad dan pihak ketiga (ma’qud alaih) sesuatu yang diakadkan. Ulama Hanafi berpendapat bahawa rukun akad itu hanya satu sahaja iaitu ungkapan tawaran dan penerimaan kerana dengan adanya tawaran dan penerimaan ini dengan sendirinya akan ada bersamanya dua pihak yang berakad dan barang yang diakadkan, justeru itu ia tidak dianggap sesuatu yang berupa rukun walaupun ia diperlukan dalam menentukan sesuatu akad[8].

2.1    UNGKAPAN KONTRAK
Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan akad di sini ialah ucapan atau tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berakad yang menunjukkan kerelaannya untuk berkontrak. Ia disebut oleh fuqaha sebagai tawaran dan penerimaan (al-Ijab wa al-Qabul).
Ungkapan akad yang digunakan adalah berdasarkan kepada jenis kontrak yang diadakan. Ia berbeza diantara satu kontrak dengan kontrak yang lain. Contohnya kontrak jualbeli boleh menggunakan apa sahaja ungkapan atau tindakan yang menujukkan pihak yang berakad rela berakad dan memindahkan milik sesuatu dengan bayaran samada menggunakan perkataan jualbeli atau pindah milik sesuatu; contohnya pemilik barang berkata kepada penerima gadaian “Saya gadai rumah ini kepada anda,” atau “Saya berikan rumah ini kepada anda secara gadaian,” dan penerima gadaian menjawab “Saya terima, atau saya setuju,”. Maka dengan ungkapan demikian kontrak ini menjadi sah.



2.2    DUA PIHAK YANG BERAKAD (‘AKIDANI)
Antara Rukun akad mengikut pendapat jumhur fuqaha ialah dua pihak yang berakad. Sesuatu akad tidak akan berlaku melainkan adanya tawaran dan penerimaan daripada dua pihak yang berakad. Ini bermakna dua pihak yang berakad ialah dua pihak yang melaksanakan akad yang dipersetujui samada ia sebagai pengakad wakil. Pengakad asal ialah pengakad yang melaksanakan akad untuk dirinya dan pengakad wakil untuk pewakilnya; samada untuk pewakilnya yang masih hidup yang dilaksanakan melalui kuasa wakalah atau wakilnya telah meninggal melalui kuasa wilayah[9]. Maka untuk menentukan sesuatu akad itu sah dan menimbulkan kesan undang-undang kepada dua pihak yang berakad yang memerlukan kelayakan undang-undang (Ahliyyah) dari sudut umur dan keupayaan akal. Untuk menentukan kelayakan seseorang yang berakad maka dua perkara ini akan dibincangkan iaitu  kelayakan (Ahliyyah) dan autoriti (wilayah).

2.2.1     Kelayakan (Ahliyyah)

Kelayakan (Ahliyyah) mengikut takrif yang diberikan oleh fuqaha ialah kelayakan seseorang untuk dipertanggungjawabkan hak-hak orang lain ke atasnya, dan mensabitkan hak-hak kepadanya. Kelayakan ini ada dua; pertama Ahliyyat al-Wujub iaitu kelayakan untuk mensabitkan hak dan tanggungjawab kepadanya manakala yang kedua ialah Ahliyyat al-Ada’ iaitu kelayakan untuk mensabitkan hak dan tanggungjawab ke atasnya serta kelayakan untuk menguruskan hak dan tanggungjawabnya. Kelayakan yang kedua ini memerlukan adanya kelayakan yang pertamanya[10].


2.2.1.1Kelayakan Menerima Hak dan Tanggungjawab

Kelayakan menerima hak dan tanggungan (Ahliyyat al-Wujub) ini terdapat pada setiap insan yang hidup sama ada ia kecil atau besar, berakal atau gila, orang merdeka atau hamba. Kelayakan  ini sentiasa ada pada manusia selama dia masih hidup dan ia akan hilang dengan sebab kematian seseorang; Cuma kelayakan ini dikira masih ada selepas kematiannya kerana keperluan dan ia akan hilang dengan hilangnya keperluan itu; contohnya seorang yang meninggal masih menanggung hutang dan ia mempunyai harta maka kelayakannya dikira masih kekal dan akan berakhir dengan pembayaran hutang tersebut. Kelayakan tidak akan wujud selepas kematian melainkan dengan sebab adanya tanggungan (dhimmah); dengan ada dan sabitnya kelayakan ini menunjukkan tanggungannya masih ada. Tanggungan ini suatu sifat ma’nawi (wasf itibari) yang diiktiraf oleh syara’ yang dengannya menjadikan manusia mempunyai kelayakan untuk menerima hak dan menanggung hak orang lain. Justeru itu kelayakan ini mempunyai kesan undang-undang terhadap tanggungnnya[11].

2.2.1.2 Kelayakan Mengurus (Ahliyyat al-Ada’)

Maksud kelayakan mengurus (Ahliyyat al-Ada’) di sini ialah seseorang yang mempunyai kelayakan untuk membuat urusan dan ia berkelayakan untuk mendapatkan haknya dan menanggung tanggungjawab terhadap urusan yang dijalankannya sendiri secara lisan (Qawliyyah). Ia boleh dipertanggungjawabkan terhadap urusannya dan urusan yang dilakukan itu mengikat dirinya untuk mendapatkan haknya atau menanggung hak orang lain. Kesan awal dengan mensabitkan kelayakan ini ialah untuk mengesahkan urusannya secara lisan yang dapat membentuk hak kepada seseorang dan menanggung hak orang lain. Sesiapa yang mempunyai kelayakan ini ungkapan akadnya sah. Ia dianggap mempunyai kelayakan mengurus (Wujud Ahliyyat al-Ada’) dan sesiapa yang tida mempunyai kelayakan ini ungkapan akadnya tidak sah dan ia dianggap tidak mempunyai kelayakan mengurus (Faqid Ahliyyat al-Ada’). Kanak-kanak belum mumayyiz, orang gila dan orang terencat akal (ma’tuh) yang belum mumayyiz adalah orang yang tidak mempunyai kelayakan menerima hak dan tanggungan. Ini disebabkan ungkapan akadnya tidak sah dan tidak melahirkan apa-apa kesan undang-undang[12]


Bagi menjelaskan kedudukan seseorang dari segi kelayakan mengurus ini perlu dilihat kepada perkembangan hidup seseorang dari segi fizikal dan umurnya. Untuk itu manusia boleh dibahagikan kepada empat peringkat dalam perkembangan hidupnya:

Pertama : Peringkat janin
Manusia pada peringkat awal kehidupannya sebagai janin iaitu ketika ia masih dalam kandungan ibunya. Hidupnya ketika ini bergantung sepenuhnya kepada kekuatan ibunya. Kedudukan di peringkat ini mempunyai kelayakan menerima hak yang terbatas di mana beberapa hak yang diiktiraf oleh syari’ah untuknya. Haknyandiakui melalui warisan, wasiat atau wakaf. Hak-hak ini boleh disabitkan kepadanya dengan syarat ia dilahirkan hidup dan jika ia mati selepad dilahirkan maka haknya tidak terjejas. Tetapi kalau ia dilahirkan dalam keadaan telah mati maka haknya tidak sabit lagi[13].

Kedua : Peringkat kanak belum mumayyiz
      Janin yang dilahirkan hidup menjadi bayi dan seterusnya membesar menjadi kanak-kanak sehingga umurnya tujuh tahun. Ia disebut sebagai kanak-kanak belum mumayyiz. Kanak-kanak di peringakat ini mempunyai kelayakan menerima hak dan tanggungan yang sempurna. Ia berhak mendapat haknya daripada orang lain dan dia juga berhak menanggung hak orang lain. Dalam urusan diri dan hartanya dikendalikan oleh wali atau warisnya mengikut garis panduan syara’. Kanak-kanak di peringkat ini ungkapan akad dan tindakannya tidak mengikatnya dan ia tidak sah, justeru itu segala urusan akad hendaklah dilakukan oleh syara’ kerana kebudakannya[14]. Ini bermakna dia belum mempunyai kelayakan mengurus yang diiktiraf oleh syara’.

Ketiga : Peringkat kanak-kanak mumayyiz
           Kanak-kanak yang genap umurnya tujuh tahun dan berupaya memahami ungkapan akad dan kesannya maka ia disebut sebagai kanak-kanak mumayyiz dan peringkat mumayyiz akan berakhir bagi kanak-kanak ini apabila dia meningkat baligh.
        Tanda baligh bagi seseorang itu dapat dikesan daripada berlakunya haidh untuk perempuan dan mimpi persetubuhan (ihtilam) bagi lelaki atau dengan meningkat umur lima belas tahun mengikut setengah pendapat da nada pendapat lain mengatakan genap umur 18 tahun untuk lelaki dan 17 tahun untuk perempuan. Selain daripada baligh bagi menentukan keupayaan mengurus bagi seseorang perlukan kewarasan akal (Rushd).
            Kanak-kanak mumayyiz ini mempunyai kelayakan menerima hak dan tanggungan yang sempurna dan dia juga mempunyai kelayakan mengurus yang terhad. Ini bererti ungkaan akadnya pada setengah-setengah perkara diambil kira oleh syara’ dan urusannya itu dikira sah.

Keempat : Peringkat dewasa
            Kanak-kanak mumayyiz akan menjadi matang apabila meningkat umur baligh. Petanda untuk menentukan baligh ada dua cara; pertama melalui pengalaman mimpi perhubungan jenis (al-hulm) bagi lelaki dan keluar darah haidh bagi perempuan dan kedua melalui penetapan kadar umur. Mengikut pendapat jumhur fuqaha umur baligh ialah 15 tahun bagi lelaki dan perempuan, manakala Abu Hanifah pula berpendapat umur baligh ialah 18 tahun bagi lelaki dan 17 tahun bagi perempuan[15]. Peringkat umur baligh ini yang menentukan kelayakan sepenuhnya bagi seseorang itu untuk mengurus dan menjalankan akad. Umur baligh ini disertakan dengan kewarasan akal (al-Rushd). Kalau kewarasan akalnya kurang sempurna sekalipun umur balighnya cukup, maka kelayakannya terjejas samada sebahagiannya atau keseluruhannya. Kelayakan mengurus adalah berkait rapat dengan kesempurnaan pertumbuhan fizikal dan akal seseorang, jika ini berlaku maka tidak timbul lagi halangan untuk seseorang menjalankan urusan kerana ia telah mempunyai kelayakan sepenuhnya dalam dalam pengurusan (Ahliyyat al-Ada’). Asas kepada keperluan cukup umur baligh dan kewarasan akal ini ialah firman Allah s.w.t maksudnya, “Ujilah anak-anak yatim itu apabila sampai umurnya untuk berkahwin (baligh) jika kamu dapati mereka waras hendaklah serahkanlah harta mereka[16],”.


2.2.2     Halangan-halangan terhadap kelayakan mengurus

Seseorang yang telah mempunyai kelayakan untuk mengurus tidak semestinya ia dapat menikmati kelayakan ini sepanjang hidupnya. Kadang-kadang berlaku ke atas diri seseorang itu perkara-perkara yang boleh menjejaskan kelayakannya yang penuh itu disebabkan penyakit, kematian dan sebagainya. Perkara-perkara yang boleh menjejaskan kelayakan ialah gila, terencat akal (ath), bros (safih), mabuk, lalai (ghaflah), tidur, hutang dan sakit membawa maut.

 
3.     AUTORITI DALAM SYARAT

3.1 Autoriti Wilayah (Al-Wilayah)
Autoriti wilyah ialah kuasa yang diiktiraf oleh undang-undang syari’ah untuk melayakkan seseorang mengadakan akad dan urusan samada untuk dirinya atau untuk orang lain[17]. Dalam akad untuk menentukan kesahihannya perlu ada dua perkara pada pihak yang berakad iaitu kelayakan undang-undang (Al-Ahliyyah) dan autoriti (Wilayah).
            Autoriti yang melayakkan seseorang untuk berakad itu ialah pertama autoriti yang ditetapkan oleh syari’at seperti autoriti wilayah ayah ke atas anak dan datuk ke atas cucu, atau autoriti wilayah yang diberikan oleh bapa atau datuk kepada seorang sebagai wasiat untuk urusan anak dan cucu mereka, atau diberikan oleh Qadi. Ia disebut sebagai autoriti asal[18].

3.2   Autoriti Wakalah
Wakalah adalah satu daripada autoriti yang membolehkan seseorang itu mengurus dan mengakadkan akad bagi pihak orang lain yang diwakilinya da diiktiraf oleh syara’. Wakalah mengikut definisi yang diberikan oleh fuqaha ialah akad yang dilakukan oleh dua orang atau dua pihak yang salah seorang daripadanya memberi kuasa kepada seseorang untuk menjalankan urusannya sebagai gantinya dalam perkara dan urusan tertentu[19]. Atau dengan ungkapan lain penyerahan kuasa seseorang kepada wakilnya untuk mengurus dan menjaga urusannya yang boleh diwakilkan semasa hidupnya[20]. Harusnya akad wakalah berdasarkan Qur’an, Sunnah dan ijma.
            Antara nas yang berkaitan ialah firman Allah s.w.t, maksudnya “Maka hendaklah kamu hantarkan seorang penimbangtara dari pihak suami dan seorang penimbangtara dari pihak isteri[21],”. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya Rasullah s.a.w mewakilkan Umar bin Umaiyah al-Dhamri untuk mengahwinkan Ummu Habibah[22]. Dan ijma fuqaha tentang keharusannya kerana keperluan[23].

4.     BARANG YANG DIAKADKAN
Sebelum ini telah dibincangkan dua elemen penting dalam akad iaitu tawaran dan penerimaan (Sighat al-‘Aqd) dan dua pihak yang mengakadkan akad (al-‘Aqdani), dan di sini akan dibincangkan elemen yang ketiga iaitu barang yang diakadkan (al-Ma’qud Alaih).
            Barang yang diakadkan adalah menjadi sasaran utama kepada sesuatu akad. Ia merupakan matlamat daripada sesuatu akad dan menjadi perkara utama kepada dua pihak yang berakad. Barang yang diakad menerima hokum dan kesan undang-undang daripada pembentukan sesuatu akad. Ia merupakan barang yang dijual dalam akad jualibeli, penggunaan manfaat dalam akad sewaan, usaha menanam dan menyiram dalam akad muzara’ah dan harta gadaian dalam akad gadaian dan hutang dalama akad kafalah dan sebagainya.
            Perkara yang diakadkan untuk menjadikannya akad itu sah emerlukan beberapa syarat. Antara syarat-syaratnya seperti berikut:

4.1 Perkara yang Diakad Itu Mestilah Ada
Kebanyakan fuqaha mensyaratkan barang yang diakadkan itu mestilah ada ketika akad diadakan kerana tidak mungkin berlaku kesan undang-undang terhadap akad yang barangnya tidak ada. Jika berlaku aad terhadap sesuatu yang belum ada seperti akad salam, ijarah dan sebagainya yang diakui sah adalah ia dikira akad yang terkecuali daripada syarat ini dan ia berdasarkan istihsan[24].
            Syarat menetukan adanya barang ketika akad diadakan berdasarkan Hadith Rasulullah s.a.w, yang melarang menjual sesuatu yang tidak ada, sabdanya yang bermaksud “Jangan engkau menjual sesuatu yang tidak ada pada engkau[25]. Jadi sesuatu akad yang pada adatnya memerlukan barang itu ada dalam majlis akad maka ia mestilah ada ketika akad diadakan dan ia dimiliki oleh pembuat tawaran kerana jika ia tidak ada ketika akad diadakanakan menyalahi tuntutan akad dan syara’. Justeru itu tidak sah menjual anak binatang yang masih berada di dalam kandungan ibu (haiwan betina), atau menjual susu yang belum diperah daripada uncang susu binatang[26]. Keperluan kepada syarat adanya barang ketika akad diadakan tidak begitu ditekan oleh setengah fuqaha. Mazhab Maliki mengharuskan akad terhadap barang yang tidak ada ketika akad tetapi ia akan melibatkan jenis akad kebajikan seperti akad wakaf dan Hibah tetapi dalam akad mu’awadhat ada barang merupakan syarat, kerana dibimbangi adanya unsur penipuan berlaku dengan ketiadaan barang ketika akad diadakan.


4.2   Barang itu Mestilah Ditentukan
Sepakat pandangan di kalangan fuqaha menyatakan bahawa barang yang diakadkan itu mestilah ditentukan secara khusus supaya diketahui dengan jelas oleh dua pihak yang berakad dan dengan itu tidak berlaku dalam urusan akad itu unsur gharar dan ketidak tentuan barang yang diakad. Justeru itu tidak sah jualan mislanya penjual menawarkan kepada pembeli dengan katanya, “Saya menjual seekor kambing daripada sekumpulan kambing ini,” atau menyewa rumah atau kenderaan dengan tidak menetapkan kadar masa. Akad seperti ini boleh menimbulkan pertikaian di masa akan dating dan membawa kepada adanya unsur gharar[27].


4.3   Barang yang Diakad Itu Mestilah Harus Pada Syara’
Fuqaha sepakat pendapat mensyaratkan barang yang dikontrakkan itu mestilah barang yang diharuskan oelh syara’. Maksudnya barang itu merupakan sesuatu yang bernialai pada syara’ dan pada tanggapan dua pihak yang berakad. Maka tidak di harus berakad hualbei ke atas bangkai, darah, daging babi, arak dan sebagainya, sekalipun ia diiktiraf syara’ harus berakad di kalangan orang bukan Islam[28].
            Adapun sebahagian fuqaha mensyaratkan barang yang diakadkan itu adalah suci. Pendapat fuqaha Shafi’I bahawa barang yang tidak suci seperti baja daripada tahi bintang tidak harus dijualkan kerana ia adalah najis pada asalnya sekalipun diubah menjadi baja[29], tetapi fuqaha Hanafi mengharuskan jualbeli baja daripada tahi binatang kerana pada pendapat mereka baja adalah suatu entity baru yang telah berubah daripada entity asalnya dan ia telah melalui proses-proses tertentu untuk menjadikan baja maka ia diharuskan sebagaimana harusnya jualbeli kulit, bangkai binatang yang telah disamak[30]. Selain daripada itu barang itu adalah sesuatu yang diperlukan oleh manusia dan boleh dimanfaatkan[31].


4.4   Barang yang Diakadkan Mesti Mampu Diserahkan
Syarat barang yang diakad itu mestilah mampu diserahkan ketika akad diadakan. Syarat ini diterima oleh semua fuqaha. Ini beerti pihak yang membuat tawaran akad mestilah menguasai ke atas barang yang dikontrakkan, samada ia sebagai pemilik atau wakil. Kalau ia tidak mampu menyerahkannya seperti menjual lembunya yang telah lari, maka akad jualbelinya tidak sah. Oleh itu tidak harus diakad terhadap sesuatu yang tidak ada dalam penguasaannya seperti menjual burung di udara, menjual ikan yang masih berada dalam air yang belum ditangkap[32]


5.     KONTRAK FUDHULI
Kontrak fudhuli yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu akad yang dilakukan oleh seseorang terhadap suatu harta yang ia tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. Ia bukan wali, bukan wasi, dan bukan juga wakil kepada pemilik, tetapi ia menguruskan harta itu berdasarkan kemahuannya sendiri dengan mengadakan sesuatu akad dengan harapan mendapat keizinan daripada pihak yang mempunyai autoriti terhadap harta atau barang yang diakadkan itu[33].


5.1 Kedudukan Hukum Kontrak Fudhuli
Sebarang akad dan pengurusan yang dijalankan oleh orang fudhuli adalah terhenti (mauquf), bergantung kepada pihak yang mempunyai autoriti terhadap barang dan pengurusan terhadapnya. Jika pihak pemilik bersetuju maka akad itu sah dan jika iatidak bersetuju maka akad fudhuli itu tidak sah, kerana persetujuan yang diberikan itu sama seperti persetujuan yang didapati kemudian dalam akad wakalah dan wilayah[34].
            Alasan bagi ulama Hanafi bahawaakad ini diharuskan kerana pada mereka syarat milik terhadap barang yang diakadkan tidak menjadi syarat utama untuk sahnya sesuatu akad dan terlaksananya. Justeru itu asal akad ini sah dan ia terhenti kepada persetujuan pemiliknya untuk pelaksanaannya, jika ia bersetujumaka akad itu sah dan jika ia tidak setuju akad itu terbatal. Pandangan ini mereka asaskan kepada nas-nas umum tentang sahnya akad jualbeli[35].
            Adapun pandangan Mazhab Shafi’I dan Hambali mereka tidak mengiktirafkan akad orang fudhuli sebagai sah, dan akad ini terbatal dan kebenaran pemilik kemudiannya tidak membawa kepada akad itu menjadi sah kerana bagi mereka satu daripada syarat utama sahnya akad itu ialah barang yang diakad mestilah menjadi milik pengakad ketika akad dibuat. Jika akad itu dibuat ke atas harta bukan pemiliknya maka akad itu terbatal sekalipun diberi izin oleh pemiliknya kemudian kerana ia tidak memenuhi syarat yang diperlukan. Fuqaha Syafi’I menolak akad fudhuli ini dengan dua alasan iaitu pengakad itu mestilah orang yang mempunyai autoriti terhadap barang yang diakadkan samada ia sebagai wali, wasi atau wakil dan ia mestilah mempunyai kelayakan mengurus. Kalau salah satu daripada dua syarat ini tidak dipenuhi maka akad itu terbatal dan keizinannya itu tidak memberi apa-apa kesan, kerana akad itu terbatal dan keizinannya itu tidak memberi apa-apa kesan, kerana akad itu dari asalnya tidak sah disebabkan tidak memenuhi syaratnya ia samalah seperti akad yang dijalankan oleh kanak-kanak mumayyiz atau orang safih kerana tidak berkelayakan.
            Berhubung dengan ini undang-undang sivil Mesir artikel 190 mengiktiraf pengurusan orang fudhulii. Kaedah-kaedah wakalah dipakai ke atas urusan orang fudhuli jika ia diakui oleh pemilik.



FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENJEJASKAN KONTRAK
Sesuatu akad akan terbentuk dengan adanya persetujuan dua pihak yang berakad. Persetujuan itu timbul daripada kehendak dan niat yang bebas daripada sebarang gangguan dan tekanan untuk membentuk akad tersebut. Jika sesuatu akad itu terbentuk disebabkan oleh faktor tekanan atau paksaan atau faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan kebebasannya, maka ia memberi kesan kepada akad tersebut. Factor-faktor yang boleh menjejaskan akad ialah paksaan (ikrah) salah tanggapan (ghalat) salah nyata (tadlis), penipuan dan perdayaan (ghabnu, gharar).

6.     KONTRAK BERSYARAT
Akad yang bersyarat ada kaitannya dengan hak kebebasan pengakad dan kepentingan pihak yang berakad. Sungguhpun syarat kebebasan berakad diberikan, ini tidak bermakna pihak berakad dapat menentukan apa sahaja syarat dalam akadnya. Syara’ ada menentukan syarat yang dapat diterima da nada syarat yang ditolak. Maka untuk menentukan samada syarat itu dapat diterima atau tidak fuqaha cuba menentukan ciri-cirinya.
            Berhubung dengan memasukkan syarat dalam sesuatu kontrak kita dapati pendapat fuqaha ada tiga; Pertama pendapat jumhur fuqaha daripada fuqaha Hanafi, Shafi’I dan Maliki menyatakan bahawa sebarang syarat yang bercanggah dengan prinsip syari’at, atau syarat tambahan yang tidak diperlukan oleh sesuatu akad dan tidak ada nas terhadapnya ia adalah syarat yang tidak dapat diterima oleh syara’ seperti penjual mensyaratkan kepada pembeli bahawa barang yang dijual kepadanya tidak boleh dijual kepada orang lain atau seorang perempuan mensyaratkan kepada suaminya bahawa dia tidak boleh berkahwin lagi dengan perempuan lain, atau dia tidak boleh dipindahkan daripada tempat tinggalnya yang sedia ada. Manakala pendapat yang kedua ialah pendapat fuqaha Hambali yang berpandangan bahawa sebarang syarat yang tidak ada nas syara’ yang menghalangnya, maka syarat itu mesti dipatuhi tanpa mengambil kira samada ia ada kaitan dengan keperluan akad atau pun tidak kerana mengikut mereka manusia adalah terikat dengan syarat yang dipersetujuinya. Justeru itu mereka mengharuskan penjual mensyaratkan kepada pembeli rumahnya supaya dia dapat tinggal di rumahnya yang dijual selama setahun lagi dan sebagainya. Dalam hal ini kita dapati ramai di kalangan fuqaha Hambali membuka ruang untuk bersyarat dalam akad tanpa ada sebarang batasan kecuali hanya satu, iaitu janganlah syarat yang disertakan dalam akad itu yang berlawanan dengan nas Quran dan Sunnah serta kaedah-kaedah syariah yang umum[36].

A.   JENIS-JENIS KONTRAK KOMERSIL DALAM SYARIAH

1.    Kontrak Jualbeli (Bai’)

·         DEFINISI
Berniaga merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan dalam ajaran islam. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri pun telah menyatakan bahawa 9 daripada 10 pintu rezeki adalah melalui pintu berdagang. Maknanya, melalui jalan berniaga inilah, pintu-pintu rezeki akan dapat dibua sehingga kurniaan Allah terpancar daripadanya. Jual beli merupakan sesuatu yang di perbolehkan.
Maksudnya: “Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (QS 2: 275)

Ø  Jual beli (bai’) mengikut pengertian umum bahasa memberi erti pertukaran harta dengan harta, atau pertukaran sesuatu dengan sesuatu, atau pertukaran barang dengan harga. Fuqaha menggunakan perkataan jualbeli (bai’) ini dalam perundangan dengan memberikan pengertian yang khusus. Fuqaha Hanafi mentakrifkan,”Jualbeli sebagai pertukaran harta dengan harta,” fuqaha Maliki pula mentakrifkannya sebagai,”Akad pertukaran terhadap sesuatu yang bukan manfaat dan bukan juga untukkepuasan,”. Manakala fuqaha Shafi’I pula mendifinasikan jualbeli sebagai “Pertukaran harta dengan mengikut cara yang khusus,” dan fuqaha Hambali mentakrifkannya sebagai, “Pertukaran harta dengan harta yang membawa penyerahan dan penerimaan hak milik,”.[37]
Ø  Selain itu, terdapat beberapa pengertian yang mempunyai kesamaan dan mengandungi hal-hal lain:
1.     Jual beli dilakukan oleh dua orang (2 sisi) yang saling melakukan tukar menukar.
2.     Tukar menukar tersebut atas sesuatu barang atau sesuatu yang dihukumi seperti barang, yang memberi manfaat kepada kdua-dua belah pihak.
3.     Sesuatu yang tidak berupa barang atau harta yang bersifat sepertinya tidak sah untuk diperjualbelikan.
4.     Tukar menukar tersebut hukumnya tetap berlaku, di mana kedua-dua belah pihak memiliki sesuatu yang diserahkan kepadanya dengan adanya ketetapan jua beli dengan kepermilikan abadi.

v  Rukun jual beli dalam islam:[38]

i.       Adanya penjual

ii.      Adanya pembeli

iii.    Ijab qobul

iv.    Barang yang diakadkan

v.      Adanya kerelaan


v  Adapun rukun jual beli menurut jumhur ulama’ dan imam Hanafi, iaitu:

a)     Menurut madzhab Imam Hanafi, rukun jual beli itu hanya satu, iaitu akad saling rela merelakan antara mereka (‘an taraadin) yang terwujud dalm ijab (ungkapan membeli dari pembeli) dan qabul (ungkapan menjual dari penjual), selain akad, madzhab Hanafi menyebutnya sebagai syarat.

b)     Sedangkan menurut jumhur fuqaha’ rukun jual beli itu adalah: penjual dan pembeli, ijab dan qabul, ada barang yang dibeli, ada nilai tukar (harga).

v  Syarat jual beli dalam islam:

i.       Pelaku akad disyaratkan berakal, memiliki kemampuan memilih (orang gila, orang mabuk tidak dinyatakan sah).

ii.      Syarat barang yang di akadkan:

l  Suci (halal dan baik)

l  Bermanfaat

l  Milik sendiri

l  Mampu diserahkan oleh pelaku akad

l  Mengetahui status barang (kualiti, kuantiti,jenis dan lain-lain lagi)

·         Perbahasan Ulama’

a. Menurut ulama Hanafiyah : “Pertukaran harta (benda) dengan harta berdasarkan cara khusus (yang dibolehkan)”. (Alauddin al-Kasani, Bada’i ash-Shana’I fi Tartib asy-Syara’i, juz 5, hal. 133)
b. Menurut Imam Nawawi dalam Al-Majmu’ : “Pertukaran harta dengan harta untuk kepemilikan”. (Muhammad asy-Syarbini, Mugni al-Muhtaj, juz 2, hal. 2)
c. Menurut Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni : “ Pertukaran harta dengan harta untuk saling menjadikan milik”. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, juz 3, hal. 559)
d. Tukar menukar harta meskipun ada dalam tanggungan atau kemanfaatan yang mubah dengan sesuatu yang semisal dengan keduanya, untuk memberikan secara tetap (Raudh al-Nadii Syarah Kafi al-Muhtadi, 203).
e. Menukar barang dengan barang atau barang dengan uang dengan jalan melepaskan hak milik dari yang satu kepada yang lain atas dasar saling ridha. (Idris Ahmad, Fiqh al-Syafi’iyah)
f. Saling tukar harta, saling menerima, dapat dikelola (tasharruf) dengan ijab dan qabul dengan cara yang sesuai dengan syara. (Taqiyuddin, Kifayat al-Akhyar, hal. 329)
g. Penukaran benda dengan benda lain dengan jalan saling merelakan dan memindahkan hak milik dengan ada penggantinya dengan cara yang dibolehkan. (Fiqh al-Sunnah, hal. 126)
Dari beberapa definisi di atas dapat dipahami bahwa jual beli ialah suatu perjanjian tukar menukar benda atau barang yang mempunyai nilai secara ridha di antara kedua belah pihak, yang satu menerima benda-benda dan pihak lain menerimanya sesuai dengan perjanjian atau ketentuan yang telah dibenarkan syara’ dan disepakati.


2.    KONTRAK JUALBELI SALAM (BAI’ AL-SALAM)

Definisi

Perkataan salam atau salaf dalam konteks akad jualbeli memberi pengertian "Jualbeli sesuatu secara bayaran tunai dengan penangguhan penyerahan barang" atau "Menjual sesuatu secara spesifikasinya sahaja dan ia akan diserahkan kemudian dan harganya dibayar secara tunai[39]”. Ini maksud Bai’ Salam di kalangan ulama Hanafi. Manakala ulama Shafi’I dan Hambali mentakrifkan Bai’ Salam sebagai “Akad jualbeli sesuatu secara spesifikasi dan akan diserahkan kemudian dengan pembayaran tunai yang diterima dalam majlis akad[40]”, dan Ulama Maliki mentakrifkannya sebagai “Menjual sesuatu di mana pembayarannya tunai sedangkan barang diserahkan kemudian[41]”.
            Asas kepada keharusan jualbeli salam ialah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ”Sesiapa yang membeli sesuatu secara salam maka hendaklah mengetahui sukatan, timbangan barang dan kadar masa tangguhan penyerahannya[42],”. Ibn Abbas ada berkata apabila ayat al-Dain diturunkan, “Aku bersaksi bahawa jualbeli salam yang dijamin penyerahan pada masa akan dating adalah diharuskan oleh Allah yang dinyatakannya dalam Qur’an dan diizinkannya[43].
            Fuqaha secara Ijma mengharuskan jualbeli salam, dan ia merupakan satu jualbeli yang terkecuali daripada kaedah jualbeli biasa kerana barangnya tidak ada dalam majlis akad tetapi ia diharuskan kerana maslahah dan untuk kemudahan manusia dalam urusannya[44].

 Rukun-rukun jualbeli salam
Rukun-rukun jualbeli salam sama sahaja dengan rukun-rukun jualbeli biasa iaitu tawaran dan penerimaan mengikut Mazhab Hanafi, manakala jumhur fuqaha berpendapat ia meliputi dua pihak yang berakad juabeli alam (musallam dan musallam alaih), barang yang diakadkan (ma’qud alaih), tawaran dan penerimaan (sighah).
            Fuqaha ada membincangkan tentang perkataan-perkataan yang harus dipakai dalam akad jualbeli salam, mengikut fuqaha Hanafi, Maliki dan Hambali ada tiga perkataan yang boleh dipakai untuk akad jualbeli salam iaitu perkataan salam (jual salam), salaf (jual salaf) dan bai’ (jualbeli)[45]. Contohnya A berkata kepada B, “Saya jual salam atau salaf atau jual kepada anda kereta yang dikehendaki dengan harga RM50,000,”. Fuqaha Shafi’I menerima perkataan salam dan salaf sahaja untuk akad jualbeli salam[46]. Tentang dua pihak yang berakad mereka mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagaimana syarat-syarat kelayakan yang didapati dalam akad jualbeli biasa seperti berakal, baligh dan waras.


SYARAT-SYARAT JUAL SALAM
Syarat-syarat jualbeli salam yang dibincangkan di sini ialah syarat-syarat yang bmelibatkan barang dan harga.

Syarat-Syarat Pada Barang
Syarat-syarat yang perlu ada pada barang yang dijual salam ialah:
  1. Pembayaran harga mestilah tunai yang diserahkan dalam majlis akad sebelum dua pihak yang berakad berpisah daripada majlis akad.
  2. Barang yang dijualbeli salam itu hendaklah barang yang ada di pasaran ketika akad dibuat.
  3.   Barang yang dijual itu mesti diserahkan pada masa akan dating, (mu’ajjal).
  4.   Barang yang dijual itu mesti diterangkan secara tepat.
  5.    Barang itu mesti diserahkan pada satu tempat yang dipersetujui.

Syarat-Syarat yang Perlu Ada Pada Harga
      I.        Harga yang menjadi bayaran itu mesti dijelaskan sama ada ia dibayar dengan mata wang atau dalam bentuk barangan.
    II.        Harga yang dipersetujui itu mestilah diketahui kadarnya, terutama yang melibatkan pembayaran dengan barang.
   III.        Harga barang itu mestilah dibayar dan diterima dalam majlis akad sebelum dua pihak yang berakad meninggalkan majlis akad.


Barang-Barang Yang Diterima Untuk Jualbeli Salam
Fuqaha Hanafi mengharuskan sebarang barang untuk dijual salam kecuali jenis-jenis barang yang tidak boleh dipastikan dan tidak boleh ditentukan spesifikasinya dan kadarnya dengan timbangan, sukatan, ukuran serta bilangan. Demikian juga tidak boleh jual salam binatang, batu permata dan tanah. Manakala Imam Maliki dan Shafi’I berpendapat harus jual salam binatang dan jenis-jenis makanan, demikian juga Shafi’I mengharuskan jual salam jenis barang yang boleh dibilang tetapi ia perlu ditimbang.
            Secara umumnya fuqaha sepakat pendapat tentang harus jual salam terhadap barang-barang seperti bijirin, dan barang-barang lain yang boleh ditentukan secara timbangan, ukuran dan bilangan[47]. Penerimaan ini berasaskan hadith Rasulullah s.a.w, “Sesiapa yang berjualbeli salam maka hendaklah diketahui sukatan, timbangan dan kadar masa tangguhan penyerahannya[48].


Kesan Hukum Jualbeli Salam
Dengan berlakunya akad jualbeli salam maka ia melahirkan beberapa kesan undang-undang terhadap dua pihak yang berakad. Bagi beberapa kesan undang-undang terhadap dua pihak yang berakad. Bagi pembeli salam baginya sabit hak milik barang yang dibeli secara salam yang akan diterima kemudian dengan sebab sabitnya hak harga barang yang diserahkan kepada penjual salam. Harus sabitnya hokum pemilikan ini kerana keperluan manusia. Oleh itu prinsip rukhsah digunakan untuk akad ini, dengan syarat ia perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
            Bagi pembeli salam pula apabila didapati barang yang dibeli secara salam ada kecacatan setelah penerimaan dibuat, maka baginya ada dua pilihan samada menerimanya sebagaimana sedia ada atau memulangkan barang yang cacat. Jadi di sini Khiya Aib digunakan, bukan Khiyar syarat atau Khiyar ru’yah kerana kedua-duanya tidak diiktiraf dalam jualbeli salam[49].

3.    KONTRAK JUALBELI ISTISNA’ (BAI’ AL-ISTISNA)
Definisi
Jualbeli Istisna’ mengikut takrif yang diberikan oleh fuqaha ialah akad jualbeli terhadap sesuatu barang yang ditempah supaya pengusaha menyiapkannya[50]. Maksudnya di sini jualbeli suatu barang yang akan disiapkan oleh pengusaha pada masa akan datang di mana barang yang diakadkan belum ada. Kita dapati pengusaha di sini mempunyai dua tanggungan iaitu kerja menyiapkan dan penyerahan barang yang siap. Contohnya tempahan membuat almari, kasut, bangunan dan sebagainya.
            Jualbeli Istisna’ ini mesti memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya seperti yang terdapat dala akad jualbeli salam, kerana ia ada persamaannya dengan jualbeli salam dari sudut barang yang diakadkan belum ada dan barang yang diakad akan diserahkan pada masa akan datang.
            Hokum keharusan jualbeli Istisna’ ini ialah berdasarkan prinsip istihsan, kerana keperluan ia dan telah menjadi uruf amalan dalam masyarakat. Ulama Maliki, Shafi’I dan Hambali dapat menerima akad istisna’ ini jika ia memenuhi syarat-syarat jualbeli salam antaranya harga barang mestilah diserahkan dalam majlis akad keseluruhannya[51].


Syarat-Syarat Jualbeli istisna’
Syarat-syarat jualbeli Istisna’ seperti dibawah ini:

  •                             Barang yang dijualbeli itu hendaklah diterangkan jenis dan spesifikasinya supaya maklumat tentang barang itu jelas diketahui oleh dua pihak yang berakad.
  •                            Hendaklah barang yang dijuabeli secara akad Istisna’ ini ialah barang yang biasa dijual.
  •                           Masa penyerahan barang tidak perlu dihadkan. Kalau dihadkan ia akan menjadi jualbeli salam mengikut Abu Hanifah[52].
  •                             Penyerahan harga tidak disyaratkan mesti berlaku dalam majlis akad[53].

Kesan Hukum Jualbeli Istisna’
Apabila akad jualbeli Istisna’ berlaku antara penjual/pengusaha dan pembeli/penempah maka ia melahirkan kesan undang-undang terhadap dua pihak yang berakad.
            Bagi pihak pembeli/penempah apabila penjual/pengusaha menyerahkan barang yang memenuhi syaratnya maka hak miliknya menjadi sabit tetapi tidak mengikat sehinggalah dia membuat ketetapan samada menerima atau menolaknya kerana baginya masih ada hak Khiyar Ru’yah. Adapun bagi pihak penjual/pengusaha hak milik harga baginya sabit dan mengikat apabila pembeli/penempah melihat dan menerima barang itu tanpa menggunakannya hak Khiyarnya[54].


4.    KONTRAK SYARIKAT (‘AQD AL-SYARIKAH)
Definisi
Perkataan syarikat mengikut penggunaan umum dalam Bahasa Arab bermaksud campuran[55]iaitu campuran harta antara satu denganlain yang tidak dapt dibezakan. Kemudian ia digunakan oleh fuqaha dengan memberikan pengertian khusus. Fuqaha Shafi’I mentakrifkan syarikat sebagai mensabitkan hak sesuatu untuk dua orang atau lebih secara bersama. Manakala fuqaha Hanafi mentakrifkan syarikat sebagai suatu akad antara dua pihak yang bersyarikat dalam pemberian modal dan mendapatkan keuntungan. Mazhab Hambali pula mentakrifkannya sebagai suatu persetujuan bersama untuk mendapatkan hak dan pengurusan. Manakala Mazhab Maliki mentakrifkannya sebagai persetujuan antara dua pihak atau lebih untuk usaha sama untuk mencapai keuntungan.

Jenis-Jenis Syarikat

      I.         Syarikat Al-Ibahah
Syarikat Al-Ibahah ialah pemilikan bersama orang awam terhadap sesuatu yang diharuskan oleh syara’. Ia bukanlah sesuatu yang ada pemilik pada asalnya, seperti pemilikan bersama sumber air. Pemilikan bersama ini berlaku bersama orang awam atau diberikan oleh pihak berkuasa. Dengan pemilikan ini pihak pemilik dapat memanfaatkan apa yang dimiliknya dengancara menggunakannya. Keharusan milik bersama ini adalah daripada kebenaran syara’ yang dapat difahamidaripada sabda Rasulullah s.a.w maksudnya, “Manusia bersyarikat pada 3 perkara; air, padang ragut, dan garam[56]”.


    II.        Syarikat al-Milk
Syarikat al-milk ialah pemilihan bersama dua atau lebih terhadap harta yang didapatinya melalui pusaka, wasiat, pemberian, belian dan sebagainya[57].


   III.        Syarikat al-‘Aqd
Syarikat al-‘Aqd terdapat perbezaan definisi yang diberikan oelh fuqaha daripada berbagai mazhab. Fuqaha Hanafi mentakrifkan syarikat al-‘Aqd ini sebagai satu kontrak yang berlaku antara ahli-ahli syarikat pada modal dan keuntungan. Fuqaha Maliki pula mentakrifkannya sebagai suatu akad di mana setiap ahli syarikat membenar ahli syarikat yang lain untuk mengurus harta milik bersama, serta mengekalkan hak pengurusan itu ke atas mereka berdua. Fuqaha Shafi’I memberikan takrif syarikat al-‘Aqd ini sebagai suatu kontrak untuk mensabitkan hak secara bersama terhadap sesuatu untuk dua pihak atau lebih. Manakala Fuqaha Hambali mentakrifkannya sebagai akad antara dua orang atau lebih untuk menguruskan harta syarikat secara bersama. Takrif yang agak menyeluruh dan lengkap ialah takrif yang diberikan oleh Ali Khafif, iaitu syarikat al-‘Aqd ialah kontrak yang dilakukan oleh dua orang atau lebih secara usahasama dalam modal dan keuntungan, atau usahasama untuk mendapat keuntungan, tanpa melibatkan modal atau usahasama dalam modal kerja atau usahasama dalam pembelian dan penjualan barang tanpa melibatkan modal didalam urus niaganya.





[1] Bustani, Muhit al-Muhit, Maktabat Lubnan, Beirut, 1987, hlm.618
[2] Ibn Mansur, Lisan al-’Arab, Bulaq, Misr, (130H) jil.11, halaman. 635
[3] Salim Rastum, Sharh Majalat al-Ahkam al-Adliyyah, Beirut, Lubnan, 1923
[4] Jasas, Ahkam al-Qur’an, Tab’Matba’at al-Bahiyyah, Misr, 1347H, jil. 2,hlm. 294,295
[5] Alusi, Tafsir Ruh al-Ma’ani, jil.6, hlm.48
[6] Abu Zahrah, al-Milkiyyah, hlm.20
[7] Zarkashi, al-Ma’thur,jil.2, hlm.397
[8] Sharbini, Mughni al-Muhtaj, jil.2, hlm.5-7
[9] ‘Ali Khafif, Ahkam al-Mu’amalat al-Shar’iyyah, hlm.248
[10] Muhd Yusuf Musa, al-Fiqh al-Islami, hlm.222-223
[11] Abu Zahrah, al-Miliyyah, hlm.309
[12] ‘Ali Khafif, Ahkam al-Mu’amalat al-Islamiyyah, hlm339
[13] Ibid
[14] Ibid

[15] Ibid

[16] Sayuti, al-Jami’ a-Saghir, Matba’at Mustafa al-babi al-Halabi,Misr, (t,th,), jil. 2, hlm. 241
[17] Ibid
[18] Ibid
[19] Sharbini, Mughni al-Muhtaj, jil. 2. Hlm.217
[20] Muhammad Yusuf Musa, al-Fiqh al-Islami, hlm. 378
[21] ‘Ali Khafif, Ahkam al-Mua’malat, hlm. 278
[22] Ibid
[23] Ibid
[24] Ibn Qayyim, ‘Alam al-Muwaq’in, jil. 2
[25] Ali Khafif, Ahkam al-Mu’amalat, hlm. 232
[26] Ibid,hlm. 233
[27]Muhd. Yusuf Musa, al-Fiqh al-Islami, hlm. 365
[28] Kasani, Bada’I, jil. 5, hlm. 168, Jazari, al-Fiqh ala –al-Madharib al-Araba’ah, jil. 2
[29] Jazari, al-Fiqh ala al-Madhahib al-Arba;ah, jil. 2, hlm. 166,168
[30] Ali Khafif, Ahkam al-Mu’amalat, hlm. 290
[31] Kasani, Bada’I’. jil. 5, hlm. 148
[32] Mansur, kashf al-Qana’, jil.2, hlm.11,12
[33] Sharbini, Mughni al-Muhtaj, jil. 2, hlm. 15
[34] Muhd Yusuf Musa, al-Islami, hlm. 398
[35] Amidi, al-Ahkam fi Usul al-Ahkam, hlm.416,417
[36] Ibid
[37] Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad (2010). Undang-undang Muamalat & Aplikasinya Kepda Produk-Produk Perbankan Islam. Kuala Sungai Baru: Pustaka Munsyi Kuim (0000527)

[39] Maqdisi, Sharh al-Kabir, jil. 3, hlm. 195
[40] Zaila’I, nasb al-Kabir, jil. 4, hlm. 46
[41] Ibid, jil. 4,hlm. 44
[42] Kasani, Bada’I’, jil. 5, hlm, 201
[43] Ibid, Ghayat al-Muntaha, jil. 2, hlm. 71
[44] Sharbini, Mughni al-Muhtaj, jil. 2, hlm. 102
[45] Ali Khafif, Ahkam al-Mu’amalat, hlm. 397
[46] Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami, jil. 4, hlm. 602
[47] Ibid, jil. 4, hm. 231
[48] Ali khafif, ahkam al-Mu’amalat, hlm.398
[49] Kasani, Bada’I’, jil. 5, hlm. 3
[50] Wahbah al-Zuhaili, al-islami, jil. 4 hlm. 631
[51] Ibid, hlm. 633
[52] Ibid
[53] Ibid, 634
[54] Kasani, Bada’I’, jil. 5, hlm.3; Sarakhsi, al-Mabsut, jil. 12, hlm. 139
[55] Bustani, Muhit al-Muhit, Maktabah Lubnan, Beirut, 1987, hlm. 979
[56] Sharbini, Mughni al-Muhtaj, jil. 2, hlm. 211
[57] Kasani, Bada’I’, jil. 6, hm. 56

Comments